Justin Trudeau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Justin Trudeau

Justin Trudeau 2014-1.jpg
Trudeau di Toronto, Jun 2014
Perdana Menteri Kanada ke-23
Memegang jawatan
4 November 2015
RajaElizabeth II
Governor GeneralDavid Johnston
Didahului olehStephen Harper
Menteri Hal-Ehwal Antara Kerajaan dan Belia
Memegang jawatan
4 November 2015
Didahului olehDenis Lebel
Ketua Parti Liberal
Memegang jawatan
14 April 2013
Didahului olehBob Rae (interim)
Ahli Parlimen Kanada
untuk Papineau
Memegang jawatan
14 Oktober 2008
Didahului olehVivian Barbot
Butiran peribadi
LahirJustin Pierre James Trudeau
(1971-12-25) 25 Disember 1971 (umur 48)
Ottawa, Ontario, Kanada
Parti politikLiberal
PasanganSophie Grégoire (k. 2005)
HubunganAlexandre Trudeau (adik)
Michel Trudeau (adik)
James Sinclair (datuk)
Charles-Émile Trudeau (datuk)
Anak-anakXavier
Ella-Grace Margaret
Hadrien
Ibu bapaPierre Trudeau (bapa)
Margaret Sinclair (ibu)
KediamanRideau Cottage
(1 Sussex Drive)
Alma materUniversiti McGill (B.A.)
Universiti British Columbia (B.Ed.)
Universiti Montreal (dihadiri)
Tandatangan
Laman sesawangOfficial website
Personal website

Justin Pierre James Trudeau PC MP (lahir 25 Disember 1971) merupakan Perdana Menteri Kanada ke-23 dan juga Ketua Parti Liberal.[1][2] Beliau merupakan perdana menteri Kanada kedua termuda selepas Joe Clark, bahkan sebagai anak sulung bekas Perdana Menteri Pierre Trudeau, beliau juga merupakan anak kepada perdana menteri terdahulu yang pertama untuk menyandang jawatan tersebut.[3][4]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Trudeau lahir di Ottawa dan menghadiri Collège Jean-de-Brébeuf. Beliau menerima ijazah BA dalam kesusasteraan Inggeris dari Universiti McGill pada 1994 dan BEd dari Universiti British Columbia pada 1998. Beliau menjadi terkenal di khalayak ramai ketika pembacaan belasungkawa untuk mendiang bapanya pada Oktober 2000[5]

Setelah tamat pengajian, beliau bekerja sebagai guru di Vancouver, mengkaji kejuruteraan, dan mengejar ijazah sarjana dalam Geografi Persekitaran. Beliau juga menggunakan kenamaannya untuk terlibat dalam beberapa kegiatan aktivisme tertentu, termasuk berlakon dalam siri TV The Great War pada tahun 2007.[6]

Karier politik[sunting | sunting sumber]

Setelah mendalami politik ekoran pemergian bapanya, Trudeau terpilih pada pilihan raya umum 2008 untuk mewakili Papineau di House of Commons.

Sebagai anggota pembangkang kerajaan Kanada, 2008–2015[sunting | sunting sumber]

Pada 2009, beliau dilantik sebagai pengkritik Kementerian Belia dan Kepelbagaian Budaya bagi pihak pembangkang dan pada tahun berikutnya menjadi pengkritik Kewarganegaraan dan Imigresen. Pada 2011 pula beliau dilantik sebagai pengkritik Pendidikan Menengah dan Belia dan Sukan Amatur. Trudeau memenangi jawatan ketua Parti Liberal pada April 2013, kemudian memimpin partinya ke arah kemenangan di pilihan raya umum Kanada 2015, yang melonjakkan Liberal dari tempat ketiga dengan 36 kerusi kepada 184 kerusi, iaitu peningkatan kerusi terbesar oleh sesebuah parti dalam sejarah pilihan raya Kanada.

Sebagai Perdana Menteri Kanada[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Liberals projected to win majority". Toronto Star. October 19, 2015. Dicapai pada October 19, 2015.
  2. ^ "Justin Trudeau to be prime minister as Liberals surge to majority". CBC News. October 19, 2015. Dicapai pada October 19, 2015.
  3. ^ "Justin Trudeau plans to announce his cabinet Nov. 4". Toronto Star. October 20, 2015. Dicapai pada October 20, 2015.
  4. ^ "'We're back,' Trudeau tells allies abroad". Hamilton Community News. October 20, 2015. Dicapai pada October 20, 2015.
  5. ^ "Justin Trudeau*". Fondation Trudeau. Dicapai pada November 5, 2015.
  6. ^ Amy Judd (October 20, 2015).


Pautan luar[sunting | sunting sumber]