Elizabeth II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ratu Elizabeth II
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Ratu United Kingdom dan Alam Komanwel lain
Elizabeth II pada Mac 2015
Elizabeth II pada Mac 2015
Pemerintahan 6 Februari 1952 hingga kini (65 tahun)
Pertabalan 2 Jun 1953
Pendahulu George VI
Pengganti Charles, Putera Wales
Pasangan Putera Philip, Duke Edinburgh
Anakanda
Charles, Putera Wales
Anne, Puteri Diraja
Putera Andrew, Duke York
Putera Edward, Earl Wessex
Nama penuh
Elizabeth Alexandra Mary[1]
Gelaran
HM The Queen
HRH Puteri Elizabeth, Duchess dari Edinburgh
HRH Puteri Elizabeth
HRH Puteri Elizabeth dari York
Wangsa Wangsa Windsor
Lagu diraja "God Save the Queen"
Ayahanda George VI
Bonda Elizabeth Bowes-Lyon
Lahir (1926-04-21) 21 April 1926 (umur 94)
Mayfair, London , UK
Ditansir 29 Mei 1926[2]
Istana Buckingham, London[2]

Ratu Elizabeth II (diputerikan pada 21 April 1926 sebagai Elizabeth Alexandra Mary) merupakan Ratu United Kingdom dan lima belas negara lain, iaitu Alam Komanwel (Commonwealth Realm). Di samping itu juga, baginda merupakan Ratu Kanada, Australia, New Zealand, Jamaica, Barbados, Grenada, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon, Tuvalu, Saint Lucia, Saint Vincent dan Grenadines, Antigua dan Barbuda, Belize dan Saint Kitts dan Nevis. Di negara-negara tersebut, baginda diwakili oleh seorang Gabenor-Jeneral. Alam Komanwel mempunyai jumlah penduduk seramai 129 juta orang. Namun, kuasa baginda hanya terhad kepada budi bicara, dan baginda tidak mempunyai kuasa politik langsung di mana-mana negara Alam Komanwel.

Pemerintahan baginda yang begitu panjang menampakkan perubahan yang nyata dalam Alam Komanwel, khususnya United Kingdom, dan seluruh dunia. Antara peristiwa penting yang berlaku semasa pemerintahan Ratu Elizabeth ialah proses pembubaran Empayar British secara perlahan, iaitu dekolonisasi tanah jajahan Empayar British yang pada satu masa menjadi Empayar terbesar di dunia.

Pada 1947, baginda mengahwini Putera Philip, Duke Edinburgh, seorang putera Greece dan Denmark. Baginda berdua dikurniakan empat orang anak serta tujuh orang cucu.

Pada 9 September 2015, pemerintahan Ratu Elizabeth II merupakan tempoh yang paling lama di United Kingdom, memecahkan rekod yang dipegang oleh pemerintahan Ratu Victoria (63 tahun).

Antara negara bekas Alam Komanwel, iaitu negara yang pernah diperintah oleh Ratu Elizabeth sebagai Ratu ialah Ceylon (Sri Lanka), Fiji, Gambia, Ghana, Guyana, India, Ireland, Kenya, Malawi, Malta, Mauritius, Nigeria, Pakistan, Sierra Leone, Afrika Selatan, Tanganyika (Tanzania), Trinidad dan Tobago dan Uganda. Kesemua negara ini memberhentikan sistem monarki apabila berubah menjadi republik.

Sebagai Ketua Negara United Kingdom, baginda merupakan Panglima Agung (Commander-in-Chief) Angkatan Tentera British, dan juga kebanyakan negara Alam Komanwel.

Dalam Bahasa Melayu, baginda bergelar sebagai Kebawah Di Yang Maha Mulia (Her Majesty) Baginda Ratu Elizabeth II, Ratu United Kingdom.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Elizabeth Alexandra Mary diputerakan di 17 Bruton Street, Mayfair, London pada 21 April 1926. Paduka ayahanda dan bonda baginda ialah Putera Albert, Duke York (kemudian Raja George VI) dan Elizabeth Bowes-Lyon (kemudian Ratu Elizabeth, dan The Queen Mother selepas Elizabeth II menaiki takhta. Elizabeth ditansir (baptis) di Private Chapel Istana Buckingham oleh Cosmo Lang, Biskop Besar York (dan kemudiannya Biskop Besar Canterbury).

Ratu Elizabeth mempunyai seorang adinda, iaitu Puteri Margaret. Mereka diberi pendidikan di rumah. Elizabeth belajar sejarah dengan C. H. K. Marten, diajar agama oleh Biskop Besar Canterbury, serta boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa Perancis. Gelaran yang digunakan oleh baginda sejak keputeraan baginda ialah "Puteri Elizabeth dari York" (Her Royal Highness Princess Elizabeth of York).

Pewaris takhta[sunting | sunting sumber]

Paduka ayahanda baginda, baginda Raja George VI menjadi Raja United Kingdom selepas penurunan takhta paduka ayahanda saudaranya Raja Edward VIII pada 1936. Selepas itu baginda dikenali sebagai "Yang Teramat Mulia Puteri Elizabeth" (Her Royal Highness The Princess Elizabeth). Semasa bermulanya Perang Dunia II, Elizabeth berumur 13 tahun dan dipindahkan ke Istana Windsor. Pada 1945, baginda menyertai Angkatan Tentera di bawah Perkhidmatan Wilayah Sokongan Wanita. Elizabeth merupakan satu-satunya kerabat diraja wanita yang menyertai Angkatan Tentera.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Ratu Elizabeth menemui dua pupunya Putera Philip, Duke Edinburgh ketika baginda berusia 13 tahun. Mereka berkahwin pada 20 November 1947. Dahulunya perkahwinan mereka menimbulkan kontroversi, kerana Philip merupakan seorang penganut Ortodoks Greek, dan kakandanya mengahwini penyokong Nazi.

Pada 14 November 1948, Ratu Elizabeth dikurniakan anakanda pertama baginda, Charles. Mereka mempunyai empat anak:

  1. Putera Charles, Putera Wales (diputerakan 14 November 1948)
  2. Puteri Anne, Puteri Diraja (diputerakan 15 Ogos 1950)
  3. Putera Andrew, Duke York (diputerakan 19 Februari 1960)
  4. Putera Edward, Earl Wessex (diputerakan 10 Mac 1964)

Menaiki takhta[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Februari 1952, semasa Elizabeth dan suaminya sedang berlawat ke Kenya, paduka ayahanda baginda, Baginda Raja George VI mangkat akibat kanser paru-paru. Baginda berangkat pulang ke Britain dengan segera. Istiadat kemahkotaan baginda diadakan pada 2 Jun 1953 di Westminster Abbey. Dengan kemangkatan mendiang paduka ayahanda baginda, dengan serta merta, baginda telah diangkat dengan hukum Inggeris menjadi Ratu dengan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Ratu Elizabeth II dan suami, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia, Putera Philip

Sebagai Ratu[sunting | sunting sumber]

Selepas menjadi Ratu Britain, Ratu Elizabeth dan suami baginda telah berpindah ke Istana Buckingham. Namun, baginda dikatakan lebih menyukai Istana Windsor sebagai kediaman. Ratu Elizabeth banyak mengadakan lawatan ke seluruh pelosok dunia. Baginda merupakan ratu pertama melawati Australia, New Zealand dan Fiji. Pada tahun 1957, baginda telah bertitah dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sebelum ke Kanada. Pada tahun 1961, Ratu Elizabeth melawati Turki, India, Iran, Pakistan dan Nepal. Pada 1991, baginda juga berucap dalam sesi Kongres Amerika Syarikat dan pada 2007, baginda bertitah dalam Perhimpunan Agung Virginia. Ratu Elizabeth sering mencemar duli di Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) sebagai Ketua Komanwel.

Hubungan kerabat[sunting | sunting sumber]

Ratu Elizabeth dan suaminya Putera Philip, Duke Edinburgh telah meraikan ulang tahun perkahwinan permata mereka pada bulan November 2007. Baginda juga mempunyai hubungan yang erat dengan anakanda baginda, serta cucunda baginda, terutamanya, Putera William, Puteri Beatrice dan Zara Phillips.

Kelanjutan usia[sunting | sunting sumber]

Tempoh pemerintahan Ratu Elizabeth merupakan paling lama di dunia setelah kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej dari Thailand pada tahun 2016.

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sebagai seorang ahli kerabat diraja, baginda tidak mempunyai nama kerabat. Namun, sekiranya ada situasi yang memerlukan perkara sedemikian, maka nama Windsor akan digunakan sebagai nama kerabat.
  2. ^ a b "80 Things You (Probably) Didn't Know About Queen Elizabeth". Time Europe. Diarkib daripada yang asal pada 2006-06-30. Parameter |accessdaymonth= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan); Parameter |accessyear= yang tidak diketahui diendahkan (|access-date= dicadangkan) (bantuan)
  3. ^ Louda, Jiří; Maclagan, Michael (1999) [1981]. Lines of Succession: Heraldry of the Royal Families of Europe (ed. 2nd). London: Little, Brown. m/s. 34. ISBN 978-0-316-84820-6.
Raja United Kingdom
 Kerajaan
Great Britain
Anne | George I† | George II† | George III
Flag of Great Britain (1707–1800).svg
 United Kingdom  George III†/‡ | George IV‡ | William IV‡ | Victoria | Edward VII | George V** | Edward VIII** | George VI** | Elizabeth II**
* Juga Raja Ireland | ** Juga Penguasa (Raja atau Ratu) Alam Komanwel|† Juga Pemilih Hanover|‡ Juga Raja Hanover
Flag of the United Kingdom.svg



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.